Monday, June 14, 2010

Masjid Tengku Tengah Zaharah

Dikenali sebagai 'Masjid Terapung'. Masjid ini terletak di Jalan Sultan Mahmud, Kuala Ibai, hanya 4 km dari pusat bandar Kuala Terengganu dan berdekatan dengan kawasan pantai. Ia kelihatan cantik dan unit di malam hari.

lihatlah bertapa seronoknya kami berada di perkarangan masjid terapung, selamat datang diucapkan kepada anda, yang ingin merasai sendiri keindahan masjid terapung ini.

JOM CANDAT SOTONG

Musim MENCANDAT SOTONG dan memancing tiba lagi. Kepada kaki pancing dan kaki pencandat sotong !! tiba lah masanya untuk anda turun ke laut untuk menjalankan aktiviti yang menarik ini.Perjalanan selama 15-30 minit dari pusat bandar kuala terengganu ke jeti sebarang takir. Kos anggaran untuk aktiviti mencandat sotong ini dianggarkan rm800-rm1500 bergantung kepada saiz bot yang hendak disewa, tentulah anda inginkan keselesaan, jadi pilihlah bot yang besar. Kebiasaannya mencandat sotong mengambil masa 9-15jam dia lautan, iaitu di perairan pulau kapas, marang,terengganu
Suasana ketika mencandat sotong, candat akan dilepaskan ke dasar laut.
Jenis candat : candat twist, candat buluh, candat mayat, umpan ikan, umpan udang.
indahnya suasana di perairan pulau kapas, marang,terengganu

sotong yang berjaya dicandat.
Jenis sotong: sotong ketupat , sotong jarum, sotong mengabang, sotong torok, cumit-cumit

kebiasaanya hasil sotong yang dicandat akan dibahagikan sama rata

Saturday, May 29, 2010

Taman Tamadun Islam

Taman Tamadun Islam merupakan sebuah kembara interaktif monumen Islam di serata dunia. Ia memberikan pendidikan dan hiburan informatif tentang destinasi Islam dunia. Terletak di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu, taman seluas 23 hektar ini adalah sebahagian daripada projek untuk membangunkan Kuala Terengganu sebagai bandar tebingan sungai. Telah dirasmikan oleh Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin bersama-sama Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah telah berkenan berangkat ke Majlis Perasmian Masjid Kristal pada 8 Februari 2008.Taman Tamadun Islam ini terbahagi kepada dua zon: Kompleks Taman Tamadun Islam dan Zon Awam.

*Pandangan dari luar masjid kristal
Ini ialah Masjid Kristal, yang menjadi ikon bagi Taman Tamadun Islam yang menjadi mercu tanda baru bagi Kuala Terengganu.Masjid unik ini diperbuat dari kristal kaca dan besi
*Pandangan dari dalam masjid kristal

Didalam taman tamadun islam juga menempatkan 21 replika bangunan berkaitan sejarah Islam dunia.Tarikan utama di sini termasuk Masjid Negara (Malaysia), Dome of the Rock (Palestin), Masjidil Haram (Arab Saudi), Al-Hambra Citadel (Spain) dan Taj Mahal (India).Terdapat juga Mimbar Kalyan (Uzbekistan), Makam Abu Nasr (Afghanistan), Mimbar Berputar Samarra (Iraq), Masjid Mohd Ali (Kaherah), Masjid Besar Qairawan (Tunisia), Masjid Besar Agadez (Nigeria), Aleppo Citadel (Syria), Masjid Kul Syarif (Russia) dan Mimbar Xian, China. *sebahagian daripada 21 replika bangunan berkaitan sejarah Islam dunia

*pemandangan taman tamadun islam di waktu senja
keindahan alam & seni bina taman tamadun islam, memang sesuai untuk para photography yang mencintai keindahan alam dah seni bina islam..