Monday, June 14, 2010

Masjid Tengku Tengah Zaharah

Dikenali sebagai 'Masjid Terapung'. Masjid ini terletak di Jalan Sultan Mahmud, Kuala Ibai, hanya 4 km dari pusat bandar Kuala Terengganu dan berdekatan dengan kawasan pantai. Ia kelihatan cantik dan unit di malam hari.

lihatlah bertapa seronoknya kami berada di perkarangan masjid terapung, selamat datang diucapkan kepada anda, yang ingin merasai sendiri keindahan masjid terapung ini.

JOM CANDAT SOTONG

Musim MENCANDAT SOTONG dan memancing tiba lagi. Kepada kaki pancing dan kaki pencandat sotong !! tiba lah masanya untuk anda turun ke laut untuk menjalankan aktiviti yang menarik ini.Perjalanan selama 15-30 minit dari pusat bandar kuala terengganu ke jeti sebarang takir. Kos anggaran untuk aktiviti mencandat sotong ini dianggarkan rm800-rm1500 bergantung kepada saiz bot yang hendak disewa, tentulah anda inginkan keselesaan, jadi pilihlah bot yang besar. Kebiasaannya mencandat sotong mengambil masa 9-15jam dia lautan, iaitu di perairan pulau kapas, marang,terengganu
Suasana ketika mencandat sotong, candat akan dilepaskan ke dasar laut.
Jenis candat : candat twist, candat buluh, candat mayat, umpan ikan, umpan udang.
indahnya suasana di perairan pulau kapas, marang,terengganu

sotong yang berjaya dicandat.
Jenis sotong: sotong ketupat , sotong jarum, sotong mengabang, sotong torok, cumit-cumit

kebiasaanya hasil sotong yang dicandat akan dibahagikan sama rata